KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden PKR bertekad membawa suara Malaysia Madani seiring teras utama parti.
Ramanan yang Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR berkata , PKR merupakan sebuah parti yang mendahulukan, mengutamakan dan meraikan ” semua kaum” dalam proses perkongsian kuasa dalam kepimpinan parti dari peringkat Cabang, negeri dan pusat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramanan yang Ahli Parlimen Sungai Buloh yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal komuniti India berkata “Keputusan ini diambil atas keyakinan bahawa KEADILAN sebagai parti berbilang kaum harus terus diperkukuh dengan suara dan aspirasi semua lapisan masyarakat.
“Saya komited untuk membawa suara ahli PKR ke arus perdana kepimpinan parti, memastikan inklusiviti, keadilan, dan peluang yang saksama untuk semua.
“Saya percaya PKR perlu memperkukuh peranannya sebagai wadah politik progresif yang benar-benar mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia dengan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara” , katanya.
“Pemilihan kali ini bukan sekadar memilih kepimpinan, tetapi menentukan hala tuju parti dalam mengekalkan idealisme reformasi yang kita semua junjung selama ini selain membantu kepimpinan Presiden Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus membawa perubahan kepada negara.
“Dengan dukungan kalian, kita akan terus maju sebagai parti yang benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia Madani seiring dengan Gagasan Malaysia Madani “, ujaranya.- KOSMO! ONLINE