fbpx

Perdana Menteri adakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pagi tadi. -Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM.

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pagi tadi.

Sejurus tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10.35 pagi menggunakan pesawat khas, Anwar terus dibawa ke Istana Seri Kinabalu.

Kunjungan terbabit merupakan yang pertama oleh Anwar sejak pelantikan Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Januari lepas.

Ia adalah antara pengisian Perdana Menteri sempena kerja sehari ke Sabah hari ini.

Sejurus tiba, Anwar mengadakan perbincangan empat mata bersama Musa di Dewan Kunjungan Khas.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu diakhiri dengan jamuan tengah hari di bilik santapan istana.

Selesai acara, Anwar meneruskan lawatan kerja ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.

Perdana Menteri pada majlis itu dijadualkan menyempurnakan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan Peluncuran Program Solar MadaniI.

Anwar dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut hadir ke program berkenaan akan meluangkan masa meninjau perkhidmatan disediakan di reruai jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai program tiga hari bermula Jumaat lepas.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI