fbpx

Merusuh pukul pelajar: 10 lelaki direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seramai 10 lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian pelajar tingkatan lima dibelasah secara beramai-ramai di Paroi, di sini, Jumaat lalu (kelmarin), direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek berusia 17 hingga 31 tahun yang ditahan sejak semalam direman sehingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan.

“Sehingga tengah hari ini, tiada tangkapan baharu dibuat dan pihak polis masih mengesan suspek lain yang disyaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan kejadian rusuhan kira-kira 3 pagi di kawasan berhampiran kedai makan dan gelanggang futsal Kampung Sentosa Jaya.

Mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian mata kiri dan sakit di seluruh badan dan siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada selisih faham.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI