fbpx

Mexico saman Google isu nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail nama Teluk Mexico ditukar nama sebagai Teluk Amerika di Peta Google. - Foto AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Kerajaan Mexico menyaman enjin carian internet popular, Google kerana menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, nama Teluk Mexico ditukar oleh enjin carian tersebut untuk pengguna Google Maps di Amerika Syarikat (AS).

“Tuntutan undang-undang mengenainya telah pun difailkan,” kata Sheinbaum pada sidang akhbar semalam tanpa menyatakan di mana dan bila  saman berkenaan dikemukakan.

Semalam juga, wakil-wakil rakyat Parti Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan meluluskan rang undang-undang untuk mewartakan arahan Presiden Donald Trump supaya Teluk Mexico dinamakan semula sebagai Teluk Amerika.

Langkah itu ditaja oleh ahli parlimen  berhaluan kanan dari negeri Georgia, Marjorie Taylor Greene sebelum diluluskan Dewan Perwakilan.

Bagaimanapun, semua wakil rakyat Parti  Demokrat menentang rang undang-undang tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI