fbpx

Legenda Liverpool hampiri Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO

LEVERKUSEN – Pengendali Bayer Leverkusen, Xabi Alonso sah bakal meninggalkan bekas juara Jerman itu sebaik tamat saingan hujung musim ini ketika namanya hangat dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Real Madrid.

Alonso mengambil alih tugas di Leverkusen pada Oktober 2022 sebelum membawa pasukan itu merangkul kejuaraan berganda musim lalu dengan memenangi gelaran Bundesliga pertama mereka menerusi rekod tanpa tewas sebelum menjuarai Piala Jerman.

Leverkusen yang akan menamatkan musim ini di tempat kedua di belakang Bayern Munich bakal melayan kunjungan Borussia Dortmund malam esok sebelum menamatkan kempen Bundesliga mereka menentang Mainz 05 pada 17 Mei.

“Kami sudah berbincang sepanjang minggu ini dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengumumkan dua perlawanan terakhir ini akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai jurulatih Bayer Leverkusen.

“Ini adalah masa yang tepat untuk memaklumkannya dan sudah tentu ini detik yang penuh dengan emosi. Ini masa untuk mengumumkannya dan semua mengetahuinya.

“Buat masa ini, bukanlah waktu sesuai bercakap panjang lebar mengenai masa depan kerana kami mahu memberikan ucapan selamat tinggal yang baik untuk beberapa pemain dan juga buat saya sendiri,” kata Alonso.

Meskipun masih belum tiada pengesahan rasmi, namun Alonso dikatakan hampir pasti bakal diumumkan sebagai ketua jurulatih Real menggantikan Carlo Ancelotti yang sebelum ini mengesahkan beliau mahu melepaskan jawatannya.

Ia secara tidak langsung menyaksikan pertembungan menentang Barcelona malam esok bakal menjadi aksi El Clasico terakhirnya bersama Real yang terdesak untuk memenanginya bagi menghidupkan peluang menjuarai La Liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI