fbpx

Kedai makan halang laluan pejalan kaki, longkang kotor kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa DBKL ketika operasi Anti-Litter di sekitar ibu kota, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 35 kompaun kepada premis makanan dalam satu operasi penguatkuasaan Anti-Litter di sekitar kawasan Lorong Haji Taib dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu.

DBKL menerusi satu kenyataan, tindakan yang dikenakan terhadap premis perniagaan terbabit atas pelbagai kesalahan termasuk terutamanya daripada aspek kebersihan.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti meletakkan barang perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran, membuang sampah di tempat awam dan longkang, serta menghalang longkang dengan sisa dan barang hingga menjejaskan aliran air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, sebanyak 16 kompaun dikeluarkan ke atas peniaga di bawah Seksyen 46(1)(d), 12 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) dan 7 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) serta kesemua seksyen berkaitan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Dalam pada itu, DBKL turut berkata tindakan juga dikenakan kepada peniaga yang masih berdegil menyebabkan halangan laluan pejalan kaki di hadapan dan belakang premis.

Sementara itu, pihak DBKL juga menjelaskan tujuan tindakan tersebut diambil adalah bagi mendidik kesemua peniaga di ibu kota.

“Ia juga bagi menanam sikap tanggungjawab di kalangan peniaga untuk sama- sama membantu pihak berkuasa menjaga kebersihan disekitar premis perniagaan masing-masing,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI