fbpx

UCL: PSG padam status ‘jaguh kampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG perlu mengatasi Inter pada aksi final untuk merealisasikan impian mereka menjulang gelaran berprestij Eropah buat kali pertama. - AFP

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique memuji mentaliti pemain untuk membuktikan pasukannya bukan sekadar ‘jaguh kampung’ selepas lolos ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Skuad PSG berjaya mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada aksi separuh akhir kedua awal pagi semalam dengan keputusan 3-1 secara agregat.

Lebih manis, keputusan tersebut menyaksikan PSG berjaya menewaskan semua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam laluan ke pentas akhir termasuk Manchester City, Liverpool dan Aston Villa.

“Ini adalah keputusan yang penting kerana pasukan kami memang menantikan peluang untuk melakar sejarah. Kini, kita sudah berjaya mara ke final dan peluang pasukan semakin cerah.

“Kami juga berjaya buktikan pasukan bukan hanya ‘jaguh kampung’ meskipun ramai yang menyatakan saingan di Perancis tidak kompetitif apabila kami mendominasi saingan domestik saban tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Enrique percaya pasukannya kini layak dilabel antara terbaik di Eropah selepas menjadi kelab tunggal yang memburu gelaran trebel musim ini.

“Pada awal musim, kita tidak beraksi seperti sekarang, tetapi barisan pemain bekerja keras setiap hari untuk menjadi antara yang terbaik,” katanya.

PSG kini memburu trofi UCL pertama dalam sejarah kelab dan bakal menentang Inter Milan di pentas final, 31 Mei depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI