fbpx

Rundingan Petronas-Petros akan dipermudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertemuan Anwar bersama Johari di Putrajaya hari ini. GAMBAR PMO

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros.

Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan berkenaan dicapai menerusi pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros. di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

“Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros. dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan. Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI