KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan beberapa saksi termasuk anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang berada di Singapura untuk dirakam keterangan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perkara itu masih dalam tindakan pihak polis.
“Masih dalam tindakan, tiada perkembangan lanjut,” katanya hari ini.
Setakat ini, seramai 16 individu telah diambil keterangan termasuk suami mangsa.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tiada keperluan bagi ketiga-tiga anak Pamela untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes kehilangan ibu mereka di Malaysia.
Peguam Pamela, Datuk N. Sivananthan dilaporkan berkata, pihak polis boleh mendapatkan keterangan mereka melalui panggilan video atau hadir ke Singapura
Terdahulu, polis menyeru beberapa saksi termasuk anak kepada Pamela yang berada di Singapura agar tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi memberikan keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 9 April lalu. – KOSMO! ONLINE