fbpx

Penunggang motosikal maut lepas hantar isteri ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh sebuah lori di Jalan Industri Zuhrah Rasa, di sini, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.25 malam itu menyebabkan mangsa berusia 39 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Mohd. Asri Mohd. Yunus, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Beruntung menaiki motosikal jenis Yamaha 125ZR.

Katanya, mangsa baru sahaja menghantar isteri ke tempat kerja terletak di Kuala Kubu Bharu.

“Apabila tiba di Jalan Industri Zuhrah Rasa, tiba-tiba sebuah lori yang ingin menuju ke Klang keluar dari simpang sebelah kiri dan memasuki laluan motosikal.

“Oleh kerana terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi hadapan sebelah kanan lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Asri, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata, pemandu lori yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan.

Mohd. Asri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI