fbpx

Kerani rugi lebih RM600,000 terpedaya iklan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang kerani wanita berusia 60 tahun menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan pelaburan atas talian apabila kerugian sebanyak RM685,000 selepas diperdaya melalui aplikasi pelaburan palsu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menerima laporan berkenaan kes tersebut semalam.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta tertarik untuk melabur selepas melihat iklan pelaburan melalui Facebook pada hujung Disember tahun lalu yang menawarkan pulangan tinggi dalam masa singkat.

“Mangsa kemudian dihubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang memberikan penerangan lanjut mengenai pelaburan terbabit.

“Mangsa turut diminta memuat turun satu aplikasi pelaburan dan dia telah mendaftar keahlian serta mula membuat pelaburan melalui 19 transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamzah, mangsa menyedari dirinya telah diperdaya apabila cuba mengeluarkan keuntungan berjumlah RM1.4 juta tetapi diminta untuk membuat bayaran tambahan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI