fbpx

Johor optimis catat FDI RM50 bilion suku kedua 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (enam dari kiri) memotong riben gimit merasmikan Kilang Qryz Stainless Malaysia Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Johor optimis mampu merekodkan nilai Pelaburan Langsung Asing (FDI) mencecah RM50 bilion bagi suku kedua tahun ini, setelah merekodkan FDI RM27.4 bilion pada suku pertama.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keyakinan itu berdasarkan iklim pelaburan positif yang sedang dinikmati negeri ini, selari pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Pada April sahaja, kita telah merekodkan pelaburan kira-kira RM23 bilion, jadi kita yakin pelaburan bagi suku kedua tahun ini mampu mencecah antara RM50 hingga RM60 bilion.

“Pencapaian itu bukan angka semata-mata sebaliknya ia melambangkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat menerusi pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat, khususnya golongan muda,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Oryx Stainless Malaysia Sdn. Bhd. di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han.

Sementara itu, Ting Han memberitahu, Oryx Stainless Malaysia Sdn. Bhd. melibatkan pelaburan berjumlah RM40 juta dengan memberi tumpuan kepada kitar semula besi keluli.

“Kilang ini dapat memproses 150,000 tan besi keluli setahun, secara tidak langsung ia membantu mengurangkan pelepasan sehingga satu juta tan karbon dioksida setahun di kawasan ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI