NEW DELHI – Kerajaan India menyatakan hari ini bahawa 13 orang awam terbunuh akibat tembakan Pakistan dalam ‘pelanggaran gencatan senjata’ di sepanjang sempadan negara berkenaan sejak semalam, selepas keganasan meningkat kepada tembakan artileri berikutan serangan udara India.
Kementerian Luar India berkata, semua yang terbunuh berada di bandar Poonch, dengan 59 penduduk lain cedera, majoriti mereka juga warga Poonch.
Tentera India juga berkata bahawa seorang askarnya turut terbunuh di Poonch semalam akibat tembakan tentera Pakistan, menjadikan jumlah kematian yang disahkan di pihak India meningkat kepada 14 orang. – AFP