fbpx

Waspada tipu kutip derma selamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Setiap penderma perlu memastikan derma mereka untuk menyelamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu diterima oleh pihak yang berwajib.

Akaun yang boleh didermakan ialah akaun masjid atau Surau Diri Jumaat (SDJ) di seluruh Perak.

Kemudian pihak masjid dan surau terbabit akan menyalurkan kutipan itu kepada akaun yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas nama Tabung Bantuan Bencana dan Kemanusiaan dengan nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 08013010091983.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati agar setiap penderma memastikan kesahihan pemilik akaun terutama yang menggunakan kod imbas QR.

“Saya harap orang ramai berwaspada, takut apa yang dihajat tidak sampai,” kata dalam majlis pelancaran Inisiatif Buku Rujukan Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS), di sini hari ini.

Perak melaksanakan kutipan derma solat Jumaat di negeri ini bagi menebus semula tanah masjid tersebut, yang pada awalnya diwakafkan kepada masjid tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

Saarani mahu penderma memastikan derma mereka diterima oleh Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu bagi menebus semula tanah tersebut yang bernilai RM1.8 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI