fbpx

Siasatan SPRM kes Pamela timbulkan kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkifli (gambar kecil).

PETALING JAYA – Siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Pamela Ling Yueh menimbulkan kebimbangan berkaitan tatacara dan prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, beliau mengambil maklum mengenai kenyataan dikeluarkan peguam, Sangeet Kaur Deor menyatakan Pamela pernah ditahan dan direman SPRM.

Menurutnya, tindakan tersebut mengesahkan Pamela sebagai seorang suspek, namun selepas dibebaskan, dia telah dipanggil semula untuk diambil keterangan dipercayai sebanyak sembilan kali.

“Perkembangan ini wajar diberi perhatian. Setelah sesorang individu ditangkap dan kenyataannya telah direkodkan semasa tempoh reman, undang-undang tidak membenarkan proses rakaman percakapan diteruskan dalam kepasiti sama.

“Melainkan individu itu diklasifikasikan semula sebagai saksi dengan persetujuan serta kelulusan daripada Timbalan Pendakwa Rakya (TPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkifli berkata, di bawah Akta SPRM dan prosedur undang-undang ditetapkan, kuasa untuk menangkap hanya boleh dilaksana apabila terdapat bukti yang mencukupi.

Katanya, tangkapan secara tergesa-gesa ketika siasatan masih berjalan bukan sahaja tidak wajar, malah dikhuatiri melanggar prinsip undang-undang serta asas keadilan.

“SPRM sepatunya mencontohi pendekatan kes siasatan melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri. Walaupun beliau merupakan suspek, namun tidak ditangkap dan siasatan diteruskan dengan merakam kenyataan.

“Begitu juga dalam siasatan kes Vivy Yusof yang mana tiada tangkapan dilakukan dan hanya dibawa ke mahkamah apabila pertuduhan difailkan. Pendekatan ini sepatutnya dijadikan amalan secara konsisten,” ujarnya.

Justeru, katanya, adalah penting bagi semua agensi penguatkuasaan untuk mematuhi proses undang-undang yang telah diperuntukkan bagi memastikan tiada hak individu dicabuli atas nama siasatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pamela pernah menfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan SPRM terhadap dirinya dua hari sebelum dia dilaporkan hilang.

Sangeet dalam kenyataan berkata, permohonan pada 7 April itu mendakwa Pamela menerima tekanan daripada SPRM berhubung siasatan kes di bawah Akta SPRM dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya tidak wajar dipersalahkan memandangkan kes kehilangan Pamela adalah di luar kawalan dan bidang kuasa SPRM.

Sebelum ini, polis mengesahkan bahawa siasatan kes kehilangan Pamela kini tertumpu ke arah suaminya iaitu Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu dan beberapa individu lain yang disyaki terlibat sebagai suspek.

Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk memberikan keterangan kepada SPRM, Putrajaya sekitar pukul 1.30 tengah hari pada 9 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI