fbpx

Leverkusen jumpa pengganti Alonso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO (kanan) dikatakan bakal meninggalkan Leverkusen dengan menyertai Real pada hujung musim nanti. - AFP

LEVERKUSEN – Pihak pengurusan Bayer Leverkusen sudah menemui calon terbaik untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan oleh Xabi Alonso yang mahu ‘mengangkat kaki’ apabila kempen musim ini berakhir.

Menurut laporan, Alonso hampir pasti menyertai projek baharu Real Madrid bagi menggantikan tempat jurulatih berpengaruh, Carlo Ancelotti yang akan ditamatkan kontrak lebih awal selepas berakhirnya kempen Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat bulan depan.

Susulan itu, Leverkusen tidak menunggu lama untuk mencari jurulatih baharu dengan menamakan pengendali muda skuad bawah 19 tahun (B-19) Real, Alvaro Arbeloa sebagai pilihan utama.

Difahamkan, pengurusan Real menganggap masa depan Arbeloa sebagai jurulatih sangat cerah apabila mahu menaikkan pangkatnya daripada pengendali skuad B-19 ke Real Madrid Castilla.

Situasi itu disebabkan pengendali skuad feeder Real tersebut iaitu Raul Gonzalez mahu mencuba nasib di tempat baharu apabila tamat musim ini.

Memandangkan hubungan antara kedua-dua kelab cukup baik, Leverkusen tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Los Blancos sekali gus dijangka membuat pertukaran ‘suka sama suka’ melibatkan posisi kejurulatihan.

Selain itu, Leverkusen turut mahu mendapatkan khidmat bekas pemain Real, Nico Paz yang kini beraksi dalam saingan Serie A bersama kelab Como. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI