fbpx

15 jam tunggu bukaan rahim, Imran kini seorang bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Imran Aqil menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Dahlia Rizal selamat melahirkan zuriat mereka di sebuah pusat perubatan di sini, pukul 10.35 malam tadi.

Imran berkata, puteri sulung yang diberi nama Yusra itu sepatutnya dilahirkan secara normal, namun terpaksa melalui kaedah pembedahan selepas berbelas jam belum ada bukaan.

“Disebabkan hampir 15 jam menunggu bukaan rahim selepas air ketuban pecah, doktor menyarankan Dahlia agar menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya dapat menemani isteri di dalam dewan bedah walaupun takut darah,” katanya.

Peluang menyaksikan proses kelahiran anak sulung mereka itu juga membuatkannya lebih menghargai pengorbanan Dahlia.

“Rezeki melihat proses pembedahan sehingga melahirkan anak membuatkan saya cukup hargai pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa demi zuriat,” ujarnya.

Sementara itu, Dahlia juga pempengaruh turut berkongsi momen menggembirakan itu dalam Instagramnya selain mendedahkan panggilan Yusra kepada dirinya adalah ‘mommy’.

“Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Yusra akan panggil saya dengan panggilan mommy,” katanya.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI