PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Advanced Micro Devices Inc. (AMD) pagi tadi.
Anwar berkata, AMD adalah syarikat gergasi dunia yang merupakan peneraju dalam sektor pengkomputeran berprestasi tinggi dan adaptif.
“Sejak bertapak di Malaysia pada tahun 1972, AMD telah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan sektor semikonduktor negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Anwar berkata, dalam pertemuan itu, beliau dan AMD berbincang mengenai hala tuju AMD dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)
Kata beliau, syarikat itu menyambut baik kebijakan tersebut yang memberi tumpuan kepada kepentingan negara terutama dalam mewujud serta menjamin rantaian bekalan dari pelbagai negara.
“Untuk maksud itu, Malaysia kekal optimistik terkait perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat seperti AMD.
“Yang akan meletak serta melonjak negara ke arah yang lebih baik dalam ekosistem sektor ini untuk jangka masa panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE