fbpx

Tarif timbal balas AS tumpuan sidang khas Parlimen esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isu-isu berkaitan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat menjadi tumpuan pada sidang khas Parlimen di Dewan Rakyat esok.

Mesyuarat khas yang berlangsung pada pukul 11 pagi itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi penerangan berkaitan perkara tersebut.

Menerusi Aturan Urusan Mesyuarat pada laman web Parlimen, Perdana Menteri akan menerangkan berkenaan mengenai tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia.

“Perdana Menteri menerangkan mengenai tindak balas kerajaan merentasi pelbagai kementerian dan sektor serta penyelarasan penyelesaian jangka pendek dan sederhana.

“Ini termasuk semakan semula terhadap dasar-dasar semasa bagi industri tertentu,” menurut Aturan Urusan Mesyuarat berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar juga menerangkan mengenai perancangan jangka panjang ekonomi negara bagi mendepani impak perang perdagangan antarabangsa agar ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan.

Ia diikuti dengan Ahli-Ahli Parlimen meminta penjelasan dan memberikan pandangan dan diakhiri dengan menteri-menteri menjawab isu yang dibangkitkan oleh mereka.

Terdahulu media melaporkan, sidang khas Dewan Rakyat pada esok bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia diadakan atas permintaan Anwar.

Parlimen Malaysia memaklumkan, urusan mesyuarat khas itu diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-Perturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi manfaat kepada rakyat dibincangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI