fbpx

Ligue 1: Kesebelasan muda PSG gagal elak kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG berdepan kekalahan kedua saingan Ligue 1 musim ini apabila tunduk berdepan Strasbourg semalam. - AFP

STRASBOURG – Paris Saint-Germain berdepan kekalahan kedua dalam saingan Ligue 1 musim ini selepas dikejutan Strasbourg 1-2 pada aksi semalam.

Pengendali PSG, Luis Enrique telah membuat rombakan besar apabia hanya mengekalkan Joao Neves dan kesebelasan utama selepas merehatkan sebahagian besar pemain tonggaknya untuk aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Arsenal Rabu ini.

Jurulatih berasal dari Sepanyol membuat keputusan untuk merehatkan penyerang utama, Ousmane Dembele yang mengalami kecederaan dan mengharapkan pemain itu dapat diturunkan dalam keadaan cergas untuk aksi itu nanti.

Les Parisiens yang tersungkur di halaman lawan membolehkan Strasbourg terus bersaing untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan.

“Bukan mudah menentang Strasbourg. Mereka mempunyai kualiti dan pengalaman. Sekarang kami perlu fokus kepada perlawanan Rabu ini. Saya rasa ia perlawanan sengit antara dua pasukan yang mahu beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. Ia perlawanan peringkat tinggi,” kata Enrique.

PSG gagal memberikan aksi terbaik pada awal permainan apabila gawang mereka dibocori hasil jaringan sendiri Lucas Hernandez pada minit ke-20, malah mereka ketinggalan menerusi gol kedua Strousbourg hasi jaringan Felix Lemarechal.

Bagaimanapun, PSG cuba merapatkan jurang menerusi Bradley Barcola selepas seminit babak kedua dimulakan, namun usaha mereka untuk menambah jaringan berjaya digagalkan oleh Strasbourg yang mempamerkan aksi berdisiplin ketika mengekang asakan juara Ligue 1 musim ini. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI