fbpx
Azizah menunjukkan sebahagian menu masakan panas berasaskan lokan di kedai makannya di Pantai Beting Lintang, Besut semalam.

Tuah melawan arus bawa rezeki kepada Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Keputusan seorang wanita menongkah arus menjual makanan berasaskan lokan sejak enam tahun lalu membuahkan hasil apabila perniagaannya menjadi tumpuan hingga tidak menang tangan melayan pelanggan di Pantai Beting Lintang di sini.

Azizah Wahab, 57, berkata, kedainya penuh dengan pelanggan sehingga dia memerlukan 50 kilogram lokan sehari.

Katanya, pada mulanya dia risau kerana kawasan itu le­bih popular dengan ikan celup tepung dan keropok lekor.

“Saya beranikan diri untuk mencuba kelainan dan tidak sangka 10 menu masakan panas berasaskan lokan yang saya per­kenalkan sejak 2019 mendapat sambutan hingga kini.

“Antara menunya termasuk mi goreng , tomyam, nasi air dan lokan goreng kunyit serta masak merah yang dijual pada harga RM9. Saya boleh raih pendapatan RM1,000 sehari,” katanya.

Menurut Azizah, bekalan lokan diperoleh di sekitar daerah ini dan perlu dibersihkan serta direbus sebelum dimasak.

Tambahnya, lokan digemari kerana rasanya yang berlemak dan manis serta bertekstur ­kenyal.

“Selain pelanggan berulang, ramai juga yang datang selepas dicadangkan oleh rakan mereka,” katanya yang membuka gerai di tepi pantai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN