fbpx

PM, M. Nasir bincang soal industri kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Nasir ketika bertemu Anwar di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menerima kunjungan daripada penyanyi serta seniman agung negara Datuk M. Nasir di Putrajaya.

Anwar berkata, menerusi pertemuan bersama figura seni tanah air itu anatara lain soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan.

“Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M. Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan.

“Saya juga titipkan pesan agar beliau dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air,” tulisnya di media sosial rasmi Perdana Menteri hari ini.

Anwar turut menambah, Kerajaan Madani akan pergiat usaha menyokong anak-anak seni tempatan untuk menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI