fbpx

Pelari pecut ditahan tumbuk teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERLEY pernah memenangi pingat perak dan gangsa dalam acara 100m di pentas Sukan Olimpik. - AFP

MIAMI – Bintang pecut Amerika Syarikat (AS), Fred Kerley tidak akan menyertai Grand Slam Track di Miami bermula hari ini selepas ditahan pihak berkuasa atas dakwaan menyerang bekas teman wanitanya, Alaysha Johnson.

Menurut laporan polis, Kerley yang juga pemenang pingat Sukan Olimpik sebanyak dua kali dalam acara 100 meter (m) ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk muka bekas teman wanitanya di sebuah hotel.

Johnson mendakwa bahawa dia terserempak dengan Kerley sebelum ditumbuk di muka yang menyebabkan hidungnya berdarah.

“Fred Kerley ditahan malam tadi (semalam) dan masih dalam siasatan aktif. Semua pertanyaan mengenai Kerley harus dirujuk kepada Pejabat Sheriff Broward County.

“Bagaimanapun, Kerley tidak akan bertanding hujung minggu ini,” kata penganjur Grand Slam Track dalam satu kenyataan.

Kerley yang memenangi pingat gangsa 100m di Sukan Olimpik Paris 2024 dan perak di Olimpik Tokyo 2020, dijadualkan beraksi 100m esok sebelum turun ‘membakar’ trek bagi acara 200m selepas itu.

Grand Slam Track yang diperkenalkan oleh juara Olimpik empat kali, Michael Johnson, berlangsung selama empat siri sepanjang 2025.

Ia dilihat mampu memberikan persaingan awal kepada Liga Berlian yang menganjurkan 15 siri kejohanan setiap tahun di pelbagai bandar besar di seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI