fbpx

HSJ jadi pusat rujukan zon utara masalah jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tiga dari kiri) bersama Nanta (empat dari kiri) hadir pada Majlis Penyerahan Blok Bertingkat Hospital Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI – Blok tambahan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini bakal menjadi pusat rujukan zon utara bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, blok tambahan yang telah siap sepenuhnya pada 12 April lalu dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat pada 5 Mei ini.

“Fasiliti ini diyakini dapat mengurangkan keperluan rujukan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan memudahkan akses rawatan pakar kepada penduduk di Seberang Perai serta kawasan sekitarnya.

“Dengan siapnya blok ini, secara keseluruhannya kapasiti hospital ini meningkat kepada 729 katil, 11 dewan bedah sekali gus memperkukuh statusnya sebagai hospital rujukan utama di zon utara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Blok Bertingkat HSJ di sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, blok bertingkat baharu itu juga diyakini dapat mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu yang lama.

Katanya, blok baharu ini turut membolehkan pengoperasian perkhidmatan dan sub kepakaran penting seperti otorinolaringologi (ENT), kardiologi pediatrik serta perubatan rehabilitasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI