fbpx

Lelaki dikejar beruang kutub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dikejar beruang kutub berhampiran sebuah hotel di Svalbard, Norway. - X

OLSO – Seorang lelaki di Norway berdepan detik cemas apabila diserang seekor beruang kutub setelah dia melepaskan tembakan untuk menakutkan haiwan itu, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku berhampiran sebuah hotel di Svalbard pada 27 April lalu. 

Rakaman video dimuat naik di laman X oleh akaun @volcaholic1 memaparkan lelaki itu dikejar sejurus melepaskan tembakan sebagai amaran.

Dia kemudian melempar senapangnya dan bergegas menaiki kereta salji untuk menyelamatkan diri. 

Beruang itu akhirnya berhenti dan duduk di atas salji. 

Seorang pengunjung yang merakam kejadian itu berkata, dia bersyukur apabila lelaki tersebut  berjaya melarikan diri dengan pantas. 

Beruang kutub itu enggan pergi sehingga ia mendapat makanan daripada kereta salji lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI