fbpx

[VIDEO] Pencuri bateri kereta di LRT Glenmarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kawasan parkir di sekitar LRT Glenmarie, Shah Alam, yang sering berlaku kes kecurian bateri kenderaan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok mendedahkan kejadian kecurian bateri kenderaan yang diletakkan di sekitar stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Shah Alam.

Menerusi perkongsian @Batterikuttdishahalam, seorang mekanik meninggalkan pesanan kepada pemilik kenderaan agar mengelakkan daripada meletakkan kenderaan di kawasan sunyi berhampiran semak samun.

“Kalau boleh janganlah parkir bahagian atas bukit ini. Memang parkir tidak banyak, tetapi kalau boleh cari tempat lain sebab di sini sudah banyak kes bateri hilang,” katanya.

Lelaki itu yang datang ke lokasi berkenaan untuk menggantikan bateri kereta yang dipercayai dicuri kali kedua.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya pernah parking, tingkap (kereta) belah kiri kena pecah. Habis semua dia (penjenayah) selongkar tapi itulah tiada apa (barangan) yang diambil sebab tiada yang berharga cuma trauma,” kongsi @Nurin.

“Saya pun sudah kena (jadi mangsa) tahun lepas dan pada waktu itu kereta masih baharu,” kata @Anna.

“Alternatif jauh sikit la korang (kamu) pergi Ara Damansara atau parkir di SS15 bayar di aplikasi Flexi, sehari RM5,” cadang @Syazwan.

Selain berkongsi pengalaman, pengguna TikTok turut mengingati antara satu sama lain agar sentiasa menjaga keselamatan dan menghormati semua pengguna.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pemilik kereta yang dikatakan telah kehilangan sebanyak dua bateri kereta di lokasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

@bateriku.com_ttdi Banyak kami dapat kes bateri kereta kena curi dekat kawasan LRT GLENMARIE ni. Mohon Pihak pengurusan, PBT, badan penguasa berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini. Kepada pengguna yg parking di sini, mohon berhati-hati baik lelaki atau perempuan. #baterikudotcom #baterikerete #tukarbaterikerete #baterikuttdijaya #baterikushahalam #lrtglenmarie ♬ original sound – baterikuttdishahalam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI