fbpx

Peruntukan RM29 juta perkukuhkan pendidikan Islam di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Mohamad Rizam (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz pada Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Bersama Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz YIK di Kota Bharu hari ini. - Foto MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyalurkan peruntukan sebanyak RM29 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam menjayakan agenda pendidikan Islam di negeri ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, agihan itu bermula sejak 2014 sehingga tahun lepas sebagai tanda kebersamaan dalam melahirkan generasi rabbani.

Menurutnya, penggunaan dana tersebut bagi menampung emolumen guru-guru dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

“Sumbangan kewangan di bawah kategori asnaf fi sabilillah bagi tujuan pengurusan tahunan YIK diteruskan lagi pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM2.5 juta.

“Maik turut bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM2 juta kepada YIK menjadikan jumlah kumulatif bantuan kewangan pada tahun ini berjumlah RM4.5 juta. Jumlah itu bagi menampung kos perbelanjaan makan minum di sekolah-sekolah maahad tahfiz YIK dan Maahad Tahfiz Sains Tok Guru,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Bersama Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz YIK, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI