fbpx

Dividen SSPN 2024 4.05 peratus, tertinggi dalam 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2024 sebanyak 4.05 peratus di mana disifatkan sebagai antara yang terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pemberian dividen itu akan memberi manfaat kepada 6.77 juta akaun pendeposit melibatkan peruntukkan sebanyak RM439.87 juta.

“Ini menjadikan keseluruhan agihan dividen berjumlah RM2.12 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada 2004.

“Agihan dividen ini akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan melalui aplikasi myPTPTN mulai 2 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2024 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025 di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini tadi.

Sebelum ini, PTPTN mengumumkan agihan dividen SSPN 2023 sebanyak 3.6 peratus membabitkan anggaran peruntukan RM357.65 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI