fbpx
Tangkap layar kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di salah sebuah daerah di Pahang, baru-baru ini.

[VIDEO] Rampas jala dan ikan, lelaki dakwa sungai miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekumpulan penjala ikan ‘kebingungan’ apabila hasil tangkapan serta jala milik mereka dirampas oleh seorang lelaki yang mendakwa sungai tempat mencari rezeki itu adalah miliknya.

Melalui klip yang tular ketika ini, lelaki berkenaan dilihat sanggup merampas ikan hasil tangkapan kumpulan penjala ikan itu di sebatang sungai, dipercayai di sebuah daerah di Pahang.

Paling menyedihkan, lelaki pertengahan usia itu juga mendakwa ikan yang berada di dalam sungai itu adalah miliknya kerana dia telah memberi makan ikan-ikan tersebut pada setiap hari.

“Jangan ambil, ini semua hak aku. Setiap hari aku bagi makan ikan ini dekat sungai. Semua keluar dari tanah aku ini,” tegas lelaki tersebut.

Ada antara ahli kumpulan penjala ikan itu yang sempat merakam kejadian tersebut turut menasihatkan agar rakan-rakannya terus keluar dari kawasan itu kerana menganggap tiada gunanya berbincang dengan lelaki tersebut.

“Dah la jom keluar, bahaya dia ni. Kita tak boleh nak buat apa, susah dengan orang macam ni,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN