fbpx

Isu Jalur Gemilang: Bagi ruang, siasatan masih berjalan – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 di Putrajaya, hari ini. Foto AISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mahu semua pihak memberi ruang seluasnya kepada siasatan isu kesilapan paparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, siasatan berkaitan isu berkenaan masih lagi berjalan.

“Mari kita selesaikan dulu siasatan. Bagi ruang siasatan ini, apa yang susah sangat? Siasatan sedang berlangsung, bagi ruang siasatan ini. Kita memang percaya pada siasatan ini, mesti siasatan yang ada integriti dan kita akan memastikan bahawa isu-isu ini tidak boleh sama sekali berulang lagi.

“Kita cukup tegas, saya ulang banyak kali, kita cukup tegas dalam isu ini dan tidak akan membiarkan ia terlepas begitu sahaja dan siasatan ini sangat penting termasuk siasatan dalaman,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan supaya pihak pengurusan tertinggi KPM meletakkan jawatan susulan isu berkenaan.

Sebelum ini, Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegaskan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), timbalan yang berkaitan dan Pengarah Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab serta meletakkan jawatan secara terhormat susulan kesilapan grafik bendera Malaysia.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau memberi jaminan dan komitmen bahawa siasatan kes ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI