fbpx
Bala.

Hampir 4 bulan hilang, Bala pergi mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Seksyen 19, di sini sejak hampir empat bulan lalu, masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, mangsa, S. S. Bala Murugan kali terakhir dilihat di kawasan berkenaan pada pukul 9.20 malam, 6 Januari lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang berusia 57 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Sentul, Kuala Lumpur dari Petaling Jaya selepas tamat kerja.

“Lelaki berketinggian 1.66 meter (m) dan berat 75 kilogram (kg) itu masih belum ditemui dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada polis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Sea Park di talian 03-78742222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI