fbpx

Boleh beli lima kampit beras tempatan – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Pengguna terutamanya rakyat di negara ini dibenarkan membeli lima kampit beras putih tempatan (BPT) mulai hari ini berbanding dua kampit setiap kali pembelian sebelum ini.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun had baharu pembelian ditetapkan sehingga lima kampit sahaja.

Jelasnya, langkah tersebut diambil selepas bekalan beras putih tempatan kembali stabil ketika ini hasil pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu.

“Jika sebelum ini kita (kementerian) hadkan hanya dua kampit sahaja, tetapi mulai hari ini kita benarkan pembelian lebih dua kampit, tetapi tidak melebihi lima kampit (setiap kali pembelian),”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed berkata, sehingga pertengahan April, sebanyak 3.16 juta kampit beras 10 kilogram telah diagihkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

“Negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, Perak dan Johor mencatatkan jumlah agihan tertinggi.

“Langkah ini menjadi antara usaha penting kementerian untuk menjamin keterjaminan bekalan beras rakyat secara konsisten,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI