fbpx

WhatsApp Status jadi tempat luah perasaan, sindir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) berkongsi lima perkara mengenai WhatsApp Status yang pasti memberi perspektif baru kepada pengguna aplikasi tersebut.

PHM menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, antara lima fakta tersebut adalah jika ada individu yang baru mengemas kini status, jangan menjadi orang pertama yang melihatnya. Sebaiknya, tunggu sedikit masa.

“Selain itu, individu yang jarang mengemas kini status, apabila tiba-tiba melakukannya, pasti ada sesuatu yang penting.

“Fakta lain adalah Whatsapp Status sebenarnya merupakan tempat luahan perasaan, dengan sebahagian daripadanya mengandungi sindiran yang ditujukan kepada individu tertentu.

“Tidak kurang juga terdapat status yang kita tidak akan pernah lihat kerana kita telah disekat oleh pemilik status tersebut,” tambah PHM.

PHM juga memaklumkan terdapat individu yang mengemas kini WhatsApp Status bukan hanya sekadar suka-suka.

“Bagi sesetengah orang, status bukan sekadar untuk berkongsi gambar atau video, sebaliknya ia merupakan cara untuk mereka meminta didengari, meluahkan perkara yang sukar diucapkan, atau memberitahu seseorang bahawa mereka tidak kuat.

“Kita mungkin hanya melihat status tersebut, tetapi bagi mereka, itu mungkin satu-satunya ruang untuk melepaskan segala bebanan yang dirasai,” jelas PHM dalam hantaran tersebut.

PHM turut mengingatkan agar kita sentiasa mengambil berat terhadap sahabat, keluarga, atau kenalan dengan bertanya dengan lembut, tanpa mendesak kerana ia mampu menyelamatkan jiwa yang sedang bergelut dengan tekanan.

“Kita semua saling memerlukan. Hargai, dengar dan temani,” ujarnya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI