fbpx

Tiang lampu boleh kena curi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lampu jalan yang hilang secara misteri. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebatang tiang lampu yang dipasang di sebuah lebuh raya di wilayah Sumatera Barat hilang secara misteri, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Jejambat Amplas, Medan baru-baru ini.

Menerusi rakaman disiarkan di platform TikTok oleh akaun @royac0, paparan bermula dengan beberapa tiang lampu yang masih berdiri teguh pada pembahagi jalan.

Namun, satu tiang lampu tersebut hilang dan hanya tinggal bekas.

“Lampu jalan sebesar ‘gajah’ pun boleh hilang. Ia dimakan atau tumbang?” kata perakam.

Rakaman video itu mencatatkan lebih 9.8 juta tontonan dengan rata-rata, netizen menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Jika perkara seperti ini dibiarkan. Semua benda akan ‘lesap’,” kata seorang netizen.

“Rakyat Medan darurat besi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI