fbpx

Getah perlu ada inovasi, tidak bergantung harga lantai kerajaan – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika melawat reruai di KARRISMA di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Penghasilan bahan api bio daripada getah sekerap merupakan antara inovasi yang mampu membantu industri getah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu antara langkah yang boleh menaikkan harga getah sekali gus membawa kesan positif buat para pekebun kecil.

Jelasnya, industri getah tidak lagi boleh mengharapkan bantuan kerajaan dari segi penetapan harga lantai semata-mata.

“Kita telah mendapat produk yang dikeluarkan daripada getah sekerap, iaitu biofuel yg menyerupai diesel dan petrol. Ini harus diperkembangkan lagi, harus mendapat pengiktirafan badan-badan piawaian.

“Jika berjaya, harga getah sekerap akan meningkat apabila permintaan pengeluaran biofuel daripada getah dapat dikomersialkan. Ini perlu diusahakan bersungguh-sungguh daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Utara Tahun 2025 di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI