fbpx

Azim sahkan Perak FC bubar, tiada lagi aksi dalam Liga-M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK FC tidak mampu untuk meneruskan saingan di Liga Super musim depan apabila sudah kehabisan dana hingga memaksa mereka menarik diri.

IPOH – Perak FC sah dibubarkan yang menyaksikan tiada pembabitan sebarang pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pembubaran Perak FC itu umumkan oleh Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

“Dengan rasa kesal dan duka cita saya terpaksa makluman XOX bukan lagi pemilik Perak FC. Kami terpaksa menarik diri berikutan menanggung bebanan kewangan.

“Kami menyerah kalah kerana sudah tidak mampu untuk membiyai penyelenggaraan pasukan. Dengan ini tiada sebarang pasukan Perak FC dalam kancah Liga M kecuali berlaku pemilikan baharu,” katanya.

Abdul Azim mengadakan perjumpaan dengan pemain, jurulatih serta Pegawai PFC untuk menyampaikan keputusan besar itu semalam

Menurut Abdul Azim, keputusan menarik diri dibuat oleh ahli lembaga Pengarah XOX dalam mesyuaratnya beberapa hari lalu.

“Cukup cukuplah. XOX telah membelanjakan RM40 juta sejak mengendalikan pasukan Perak selama tiga tahun, ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI