fbpx

Mara bantu pelajar 9A tular tidak hadir ambil ‘result’ sebab susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mara menaja sepenuhnya pengajian seorang pelajar yatim dan miskin dari MRSM Pengkalan Chepa, yang memperoleh 9A dalam SPM yang tidak hadir untuk ambil keputusan kerana masalah kewangan.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menaja sepenuhnya pengajian seorang pelajar yatim dan miskin yang tidak hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, Mara akan menanggung sepenuhnya pengajian pelajar yang mendapat 9A itu hingga ke peringkat universiti sehingga ke luar negara.

“Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Mara untuk kumpulkan segera semua pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia termasuk penerima program pembiayaan bantuan pendidikan (BUDI) Mara dalam kalangan pelajar miskin tegar yang mendapat keputusan ‘straight A’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Asyraf, satu program khas akan diadakan bagi menerangkan peluang-peluang yang Mara akan tawarkan dalam bidang-bidang strategik yang memenuhi keperluan kerjaya masa depan.

“Bagi pelajar-pelajar miskin yang cemerlang seperti ini, Mara akan bimbing mereka untuk sambung pengajian hingga ke luar negara,” katanya.

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi turut menekankan kepada para pelajar-pelajar hanya ilmu sahaja boleh merubah kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

“Amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI