fbpx

Hampir semua negeri dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri iaitu Selangor, Perlis, Terengganu, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah hingga 6 petang nanti.

Antara daerah Selangor yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Hulu Selangor dan Gombak.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Terengganu dan Pahang.

“Bagi Kedah, melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Cuaca buruk itu dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim),” katanya.

Katanya, cuaca sama turut berlaku di Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) manakala Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Hujan lebat turut melanda di Sarawak Limbang dan Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI