fbpx

Syarikat keselamatan biar pekerja tidur atas papan lapis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL Pardi menunjukkan papan lapis digunakan sebagai alas tidur pekerja di sebuah premis penginapan syarikat kawalan keselamatan di Banda Hilir, Melaka. Foto AMRAN ALI/ KOSMO!

MELAKA – Sebuah syarikat kawalan keselamatan dikesan membiarkan pekerja tidur di atas papan lapis dan menyediakan kemudahan penginapan dalam keadaan terlalu daif di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini.

Situasi itu terbongkar selepas premis tersebut diserbu penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja yang diketuai sendiri Ketua Pengarahnya, Kamal Pardi.

Kamal berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati syarikat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu juga tidak mendapat perakuan daripada JTK serta kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Setiap satu kesalahan boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM50,000, malah kemudahan disediakan juga tidak kondusif, katil dan tilam tidak sempurna serta ada pekerja hanya tidur atas papan lapis.

“Sudah tiga tahun premis itu dijadikan tempat tinggal bagi 11 orang pekerja dan jelas ia menunjukkan pengabaian hak mereka,” katanya selepas menjalankan Op Minimum yang mensasarkan pematuhan gaji minimum di sekitar Bandaraya Melaka, hari ini.

Tambahnya, majikan syarikat terbabut juga dikesan gagal membayar gaji minimum RM1,700 seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI