PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Perlis, Kedah, Pahang, Melaka dan Johor sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.
“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Perlis,” katanya.
Katanya, cuaca sama dijangka berlaku di Pahang iaitu di Rompin, manakala di Melaka melibatkan kawasan Jasin.
Di Johor, ribut petir dijangka melanda Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE