fbpx

Koperasi disaran buat pelaburan berimpak tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon Benedict (empat dari kanan) melihat pertukaran MoU antara Marriot Group dan KOOP Sahabat sempena Program LADA COOP Invest Day 2025 di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menggalakkan koperasi untuk membuat pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti pertanian, pelancongan dan teknologi digital.

Menterinya, Datuk Ewon Benedict berkata, pelaburan dalam sektor tersebut mampu memberi impak penting kepada ekonomi negara menerusi pembangunan komuniti serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Contohnya, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad atau KOOP Sahabat kini dalam fasa membangunkan Hotel Fairfield by Marriot, hotel bertaraf empat bintang di Langkawi yang merupakan antara rangkaian jenama hotel terbesar di dunia.

“Saya yakin pembangunan hotel ini akan menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan ke Langkawi. Sekiranya ada koperasi yang berminat untuk melabur di sini, ia akan mendatangkan manfaat kepada ahli gerakan koperasi itu sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) COOP Invest Day 2025, di sini hari ini.

Katanya, usaha LADA dalam penganjuran program tersebut juga dapat membuka lebih banyak akses kepada koperasi untuk membuat pelaburan bagi membangunkan tanah di Langkawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI