fbpx

Dituduh pukul kekasih, Ammar Alfian mahu ambil tindakan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMMAR akan mengambil tindakan undang-undang dan berharap orang ramai tidak mempercayai dakwaan sebelah pihak.

PETALING JAYA –  Pelakon, Ammar Alfian menepis tuduhan memukul teman wanitanya sekali gus menganggap laporan polis dilakukan kekasihnya itu adalah tindakan tergesa-gesa.

Ammar atau nama lengkapnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 38, turut meluahkan kekecewaan apabila teman wanitanya, Qhaisha mengheret individu yang dipercayai pengurusnya bernama Zane dalam hal mereka.

“Sebab saya berbadan besar dan muka garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya.

“Tahun lepas awak buat benda yang sama (laporan polis) tetapi saya tak buat apa-apa pun dan biarkan sahaja sebab nampak betapa tidak matang serta terburu-burunya awak.

“Tetapi tahun ini, awak serang saya lagi dengan cerita sama dan kali ini melibatkan seorang yang tak bersalah iaitu Zane Gan (didakwa pihak ketiga) yang langsung tiada kena-mengena dalam hal ini,” katanya dalam InstaStory.

Disebabkan itu, pelakon filem Paskal itu akan mengambil tindakan undang-undang dan berharap orang ramai tidak mempercayai dakwaan sebelah pihak.

“Saya ambil isu ini dengan serius dan secara sah. Saya akan buat ikut undang-undang. Masing-masing ada pendapat, tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Jangan percaya bulat-bulat dan dengar dari sebelah pihak sahaja. Terima kasih,” ujarnya lagi.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan menerima laporan pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera di sebuah kondominium di Damansara.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.

Hari ini, Qhaisha juga memuat naik pendedahan menjadi mangsa pukul selain mendakwa pernah dicekik aktor itu sewaktu menjadi kekasihnya.

Tahun lalu, tular berita mengenai seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul seorang artis lelaki dan ramai yang memetik Ammar sebagai individu dimaksudkan.

Bagaimanapun, Ammar tampil menafikan dakwaan terbabit dalam ruangan komen Instagram sebuah portal media dan menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan.

Selepas beberapa hari, wanita itu dipercayai bertindak menarik balik aduannya kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI