fbpx

Simpan 23.3kg ganja, syabu dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi tiga serbuan di sekitar Seberang Perai di sini selepas menahan dua lelaki tempatan, semalam.

Operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang itu turut merampas sebanyak 23.3 kilogram (kg) ganja dan syabu di sebuah stor di kawasan terbabit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dua lelaki tempatan berusia 31 dan 53 tahun diberkas dalam serbuan pada pukul 3 petang hingga 7 malam.

“Di Seberang Jaya, kita menahan seorang lelaki dan merampas satu peket syabu seberat 0.45 gram. Berpandukan tangkapan pertama, polis dibawa ke kawasan berhampiran dan kita menemui tiga kotak berisi 22 ketulan mampat ganja. Tindakan susulan membuahkan hasil apabila seorang lagi ahli sindiket ditahan di Seberang Perai Tengah,” katanya.

Hamzah berkata, pihaknya turut menyita tujuh buah kenderaan, barang kemas dan jam tangan berjenama dengan nilai keseluruhan termasuk dadah berjumlah RM103,000.

“Ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah dan memiliki rekod kes dadah dan jenayah. Sindiket ini aktif sejak awal tahun. Jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 11,500 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI