fbpx
FAZRYN sangat meminati bidang peragaan dan bercita-cita mahu menjadi pensyarah.

Fazryn bangga lakonan bapa dalam Bidaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GADIS Pesona Ahad minggu ini menampilkan anak kepada pelakon Faizal Hussein, iaitu Fazryn, 20, gadis manis yang peramah dan bercita-cita menjadi pensyarah.

Merupakan penuntut Diploma Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan, Fazryn turut aktif sebagai model sambilan selain mahu kembali mewarnai dunia lakonan.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis manis ini menegaskan dia mahu membina identitinya sendiri tanpa bergantung kepada bapanya dalam dunia seni.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri?
Fazryn: Peramah, mudah mesra dan sentiasa berfikiran terbuka. Suka berkenalan de­ngan orang baharu dan bertukar pandangan, kerana saya percaya setiap individu membawa perspektif berbeza dalam kehidupan.

Sejak bila jadi model?
Semuanya selepas muat naikoutfit of the day atau lebih dikenali OOTD pada 2020. Sejak itu ramai pereka minta saya promosi produk mereka. Fazryn mahu terus aktif dalam dunia peragaan kerana itu adalah minat saya.

Fesyen diminati?
Saya peminat fesyen terutama­nya gaya ‘streetwear’, kerana ia memberi kebebasan untuk saya ekspresi diri.
Gaya ‘streetwear’ menjadikan penampilan saya lebih menarik. Saya juga sering mendapat inspirasi daripada budaya ‘street style’ luar negara.

FAZRYN memilih lebih yang lebih tinggi darinya.

Apa yang boleh dikongsikan sebagai anak Faizal Hussein?
Orang datang tegur sebab kenal ayah, itu membuatkan diri ini sedar betapa besarnya pengaruh dan penghormatan terhadap beliau. Orang menganggap pekerjaan pelakon itu dunia ‘glamor’, tapi apabila tengok sendiri, saya lebih menghargai usaha ayah dan pelakon lain.

Drama Bidaah jadi sebutan, ulasan anda?
Kami sekeluarga mengikuti drama Bidaah dan secara jujur­nya sangat bangga melihat impak serta sambutan yang diterima. Walaupun jalan ceritanya agak berat dan mencabar, tapi membuka ruang untuk perbincangan yang sihat dalam kalangan penonton.

Minat berlakon, watak apa?
Kali terakhir berlakon semasa darjah 3 dan berhenti kerana ibu dan bapa mahu saya fokus dalam pelajaran. Kalau diberi peluang untuk berlakon semula, saya memang teruja nak cuba. Saya tak kisah watak apa pun, asalkan saya dapat belajar.

Ciri-ciri lelaki idaman ­Fazryn?
Suka lelaki yang lebih tinggi daripada saya dan mempunyai ‘emotional intelligence’ iaitu dia peka dengan keadaan di sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN