fbpx

3 warga Malaysia naiki ‘sampan’ masuk Singapura ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kapal Polis Pengawal Pantai (kanan) di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Tiga lelaki warga Malaysia ditahan oleh Polis Pengawal Pantai kerana memasuki perairan Singapura secara haram dengan menaiki ‘sampan’ semalam, lapor portal berita Stomp.

Polis Pengawal Pantai meronda di sepanjang perairan berhampiran Pulau Sarimbun kira-kira pukul 2.05 petang apabila anggota-anggota pihak berkuasa itu melihat sampan yang tidak dikenali.

Ketika kapal Polis Pengawal Pantai tiba untuk memeriksa sampan itu, ia memecut ke arah Malaysia. 

‘Sampan’ di Singapura bermaksud bot diperbuat daripada  kayu.

Ketika dikejar, sampan itu membuat gerakan berbahaya dan nyaris berlanggar dengan kapal pengawal pantai dua kali sebelum berjaya dipintas.

Dua lelaki terjatuh ke dalam laut tetapi naik semula ke atas sampan tersebut.

Seorang anggota Polis Pengawal Pantai cedera ringan semasa kejadian itu  yang berlaku sepenuhnya di perairan Singapura.

Ketiga-tiga lelaki yang menaiki sampan itu berusia antara 28 hingga 47 tahun. Mereka  ditahan atas dakwaan memasuki Singapura secara haram.

Polis sedang melakukan siasatan tentang kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI