JAKARTA – Seorang wanita menerima kecaman ramai kerana membuat isyarat ‘jari tengah’ dan menghina penunggang teksi motosikal selepas permintaannya untuk melawan arus ditolak, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) di Jalan Laksamana Yos, Jakarta Utara kelmarin.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jakarta.ku menunjukkan wanita itu meminta penghantar untuk melawan arus tetapi ditolak.
Situasi bertambah tegang apabila dia menunjukkan jari tengah dan enggan memakai topi keledar.
“Saya tidak mahu memakai topi keledar. Harga syampu rambut saya lagi mahal daripada gaji sebulan anda!” kata wanita itu.
Dia kemudian diturunkan dan diarah untuk mencari teksi motosikal lain.
Rakaman itu mencatatkan lebih 90,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Kalau syampu anda mahal, bawa topi keledar sendiri wahai ‘puteri’,” kata seorang netizen.
“Kalau gaji anda tinggi , kenapa tak bawa kereta sendiri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI