fbpx

Anwar tiba di Bangkok untuk lawatan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan lawatan kerja ke Thailand atas undangan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangkok tengah hari tadi bagi memulakan lawatan kerja ke Thailand.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, lawatan kerja beliau ke Thailand atas undangan rakan sejawat, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.

“Kami akan mengadakan pertemuan bagi meneruskan kemajuan perbincangan serta memperkukuh kesepakatan yang telah dicapai dalam Rundingan Tahunan Malaysia–Thailand Ke-7 di Putrajaya pada 16 Disember lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau dijadualkan bertemu barisan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN bagi mendalami isu-isu serantau yang kian mendesak, selain berbincang dengan tokoh-tokoh industri Thailand.

“Moga kunjungan ini membawa manfaat kepada rakyat, dan menyuburkan lagi hubungan erat antara dua negara jiran ini demi kemakmuran rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI