fbpx

Visual iklan sudah dikeluarkan – Prasarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Visual iklan di dalam tren Rapid KL Laluan Ampang/Sri Petaling yang dikatakan mengundang kontroversi. - Foto tular media sosial

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengeluarkan visual iklan yang dikatakan mengundang kontroversi dipaparkan pada tren Rapid KL Laluan Ampang/Sri Petaling.

Tindakan diambil oleh Prasarana selaku pengendali dan operator kepada rangkaian rel dan bas di Lembah Klang dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada pengguna.

Menerusi kenyataannya, Prasara menegaskan pihaknya mengambil iktibar atas maklum balas berkaitan visual iklan oleh produk penjagaan diri pada salah sebuah tren Rapid KL.

“Tindakan serta-merta diambil dengan memperketatkan proses semakan bagi memastikan visual daripada pengiklan tidak akan menimbulkan isu sensitif kepada orang ramai.

“Kandungan visual iklan tersebut yang mempromosikan produk penjagaan diri turut menggambarkan pelbagai situasi harian melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang menggunakan pengangkutan awam.

“Ia bertujuan memaparkan kepentingan penggunaan produk penjagaan diri, dan tidak menyasarkan mana-mana individu atau komuniti tertentu,” kata Prasarana hari ini.

Visual iklan tersebut telah melalui proses sewajarnya, termasuk semakan oleh pihak dalaman dan luaran, merangkumi aspek seperti sensitiviti kaum, agama dan sosial, sebelum visual tersebut dicetak dan dipaparkan.

“Sebagai pengendali pengangkutan awam yang bertanggungjawab, Prasarana menghargai maklum balas dan pandangan masyarakat terutamanya apabila ia boleh disalah tafsir sebagai suatu bentuk sasaran kepada kepada individu atau komuniti tertentu.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan orang ramai yang berterusan terhadap penggunaan pengangkutan awam,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI