SINGAPURA – Seorang pengguna telefon bimbit menerima mel suara yang menyeramkan, menyebabkan dihantui perasaan takut, lapor portal berita Stomp hari ini.
Dia berkongsi rakaman skrin mel suara itu selama 22 saat yang datang dari nombor telefon berdaftar di Singapura.
Suara perempuan itu berkata: “Selamat siang. Selamat datang.”
Ia diikuti suara ketawa yang menyeramkan.
Selepas itu, bunyi bip kemudian kedengaran dan suara wanita berkata: “Hello, selamat pagi, Bank DBS untuk jabatan. Hello?”
Menurut penerima mel suara itu: “Saya serta-merta menggigil. Saya terkejut, keliru dan rambut saya berdiri.”
Ditanya sama ada suara itu satu gurauan atau penipuan, dia berkata: “Soalan yang sangat bagus. Di depan adalah gurauan, di belakang adalah penipuan.
“Saya bukan seorang yang ‘tergugat’ dengan panggilan penipuan tetapi ini bukan perkara biasa,” katanya. – AGENSI