fbpx

Anwar terima panggilan telefon PM New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewaktu menerima panggilan telefon daripada Luxon pada pagi tadi. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Malaysia dan ASEAN berpendirian untuk sentiasa mengutamakan rundingan dan semangat kesepaduan dalam mencari jalan penyelesaian yang adil dan seimbang untuk semua negara anggota.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada pagi ini.

“Kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai beberapa isu semasa, khususnya tarif perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan kesannya kepada rantau ini.

“Saya juga tekankan keperluan ASEAN memperkukuh kesepakatan serantau agar sebarang langkah susulan dapat diselaras secara tuntas dan berkesan,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata, dalam perbualan ini, beliau turut maklumkan kepada PM Luxon tentang penganjuran Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN oleh Malaysia yang berlangsung hari ini bagi meneliti secara mendalam isu ini dan merangka pendekatan kolektif yang terbaik.

“Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan New Zealand, bukan sahaja sebagai rakan dua hala tetapi juga dalam kerangka ASEAN.

“Kami akan terus mengadakan dialog dan rundingan bersama rakan dagang utama lain dalam usaha membentuk hala tuju ekonomi serantau yang lebih inklusif dan berdaya tahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI